Cool Blue Outer Glow Pointer

marquee

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

Sabtu, 28 April 2018

Kursus baharu hadapi Revolusi Industri 4.0




KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meminta universiti awam (UA) menyediakan kursus baharu untuk mencipta pasaran kerja, kesan daripada Revolusi Industri 4.0.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata universiti mesti bekerjasama dengan penggiat industri untuk menyediakan peluang kerja baharu mengikut kehendak pasaran dan mendedahkan pelajar kepada ekonomi digital untuk mengelakkan pengangguran.
Beliau berkata, contoh mudah ialah perubahan teknologi ialah pembinaan jambatan yang mengakibatkan pendayung sampan marah kerana hilang pekerjaan tetapi pekerjaan baharu sebagai pengayuh beca diwujudkan.
Katanya, perubahan teknologi menyebabkan pekerjaan diganti robot tetapi banyak pekerjaan baharu akan wujud.


"Kita tak boleh halang teknologi. Dalam kes ini, jurutera, arkitek dan juruteknik, mereka perlu ada robot dan kita dibantu robot. Tetapi kita tidak takut kepada robot.
"UA perlu mengajar dan mendedahkan mereka (pelajar) kepada pekerjaan baharu. Jangan guna yang lamalah.
"Ini cabaran kepada UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan UA lain menggunakan kursus baharu dan mereka perlu bekerjasama dengan industri untuk tahu apa jenis pekerjaan baharu pada masa akan datang.
"Sebab itu di Malaysia, kita cipta program 2u2i (dua tahun universiti dua tahun industri) yang menawarkan program belajar sambil bekerja dan kita menjemput 72 ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk mengajar serta melihat kurikulum universiti," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kampus Tanpa Tunai@UiTM, di UiTM Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin; Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata (Axiata), Tan Sri Jamaludin Ibrahim.


Pelancaran kampus tanpa tunai terbesar menggunakan pembayaran digital Dompet Elektronik (e-Wallet) itu bakal memanfaatkan 200,000 kakitangan dan pelajar UiTM.
Selain UiTM, tiga universiti lain iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut melaksanakan kampus tanpa tunai.
Sementara itu, Jamaludin berkata, pekerjaan baharu diwujudkan setiap hari mengikut rutin harian pengguna.
"Setiap tahun, saya hilang hampir 100 pekerja kerana perubahan teknologi tetapi percayalah, pekerjaan baharu akan muncul menggantikan pekerjaan lama yang hilang.
"Kerjasama kukuh antara industri dan pakar akademik akan membina lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan