Cool Blue Outer Glow Pointer

marquee

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

Sabtu, 28 April 2018

PROGRAM NILAM DITAMBAH BAIK (2018)



Adalah dimaklumkan bahawa Program NILAM telah berlaku perubahan dengan penambahbaikan yang akan memberi impak yang lebih baik kepada program NILAM itu sendiri.
OBJEKTIF NILAM YANG DITAMBAHBAIK
•melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat;
•menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan;
•menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum.
•menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan
Dengan beberapa perubahan dari segi KATEGORI BAHAN BACAAN YANG PELBAGAI DAN Lebih banyak lagi pilihan bahan pembacaan yang akan menggalakkan lebih ramai golongan pembaca yang terlibat dalam program NILAM.
Dari segi rekod juga mengalami perubahan dan lebih mudah untuk pelajar untuk merekod dan merumus bahan bacaan untuk mendapatkan MATA GANJARAN dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan mengikut kesukaan pelajar dan semua aktiviti tersebut boleh disahkan oleh mana-mana guru dan ibubapa pada bila-bila masa.

keterangan lanjut sila klik PROGRAM NILAM TAMBAHBAIK

Kursus baharu hadapi Revolusi Industri 4.0




KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi meminta universiti awam (UA) menyediakan kursus baharu untuk mencipta pasaran kerja, kesan daripada Revolusi Industri 4.0.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata universiti mesti bekerjasama dengan penggiat industri untuk menyediakan peluang kerja baharu mengikut kehendak pasaran dan mendedahkan pelajar kepada ekonomi digital untuk mengelakkan pengangguran.
Beliau berkata, contoh mudah ialah perubahan teknologi ialah pembinaan jambatan yang mengakibatkan pendayung sampan marah kerana hilang pekerjaan tetapi pekerjaan baharu sebagai pengayuh beca diwujudkan.
Katanya, perubahan teknologi menyebabkan pekerjaan diganti robot tetapi banyak pekerjaan baharu akan wujud.


"Kita tak boleh halang teknologi. Dalam kes ini, jurutera, arkitek dan juruteknik, mereka perlu ada robot dan kita dibantu robot. Tetapi kita tidak takut kepada robot.
"UA perlu mengajar dan mendedahkan mereka (pelajar) kepada pekerjaan baharu. Jangan guna yang lamalah.
"Ini cabaran kepada UiTM (Universiti Teknologi MARA) dan UA lain menggunakan kursus baharu dan mereka perlu bekerjasama dengan industri untuk tahu apa jenis pekerjaan baharu pada masa akan datang.
"Sebab itu di Malaysia, kita cipta program 2u2i (dua tahun universiti dua tahun industri) yang menawarkan program belajar sambil bekerja dan kita menjemput 72 ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk mengajar serta melihat kurikulum universiti," katanya.
Beliau bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kampus Tanpa Tunai@UiTM, di UiTM Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Ir Dr Ahmad Zaidee Laidin; Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata (Axiata), Tan Sri Jamaludin Ibrahim.


Pelancaran kampus tanpa tunai terbesar menggunakan pembayaran digital Dompet Elektronik (e-Wallet) itu bakal memanfaatkan 200,000 kakitangan dan pelajar UiTM.
Selain UiTM, tiga universiti lain iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) turut melaksanakan kampus tanpa tunai.
Sementara itu, Jamaludin berkata, pekerjaan baharu diwujudkan setiap hari mengikut rutin harian pengguna.
"Setiap tahun, saya hilang hampir 100 pekerja kerana perubahan teknologi tetapi percayalah, pekerjaan baharu akan muncul menggantikan pekerjaan lama yang hilang.
"Kerjasama kukuh antara industri dan pakar akademik akan membina lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Jumaat, 13 April 2018


‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.